!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Monday, December 3, 2012

Debate vs Language



Salam perdebatan,

Baru habis kelas debat bahasa Arab C.C.A.C (Co-curricular Activity Center) bersama Dr. Fouad Rawash dari Mesir. Kelas debat ni antara skill yang aku ambil di Universiti. Insya Allah sem ni habis lah kelas skill aku . yeaayy !

Cuma ingin berkongsi pengalaman selama lebih kurang 2 semester aku berada di dalam kelas debate ni. 99% pelajar dalam kelas aku ni adalah orang Arab ! Aku seorang sahaja lelaki Melayu; Malaysia yang berada dalam kelas ni. Boleh bayangkan bagaimana perasaan aku setiap hari Isnin dan Rabu, 8 malam akan berjumpa mereka.

Hampir kesuma orang Arab ni datang dari latar negara yang berbeza-beza. Ada yang dari Yamen, Palestin, Saudi Arabia, Sudan, Somalia, Mesir, dan Syria. Negara-negara ni lah yang aku perasan dari loghat dan lahjah yang mereka cakap. Dan ada juga yang aku berkenalan secara personally. Rata-rata dari negera yang bergolak seperti Mesir, Palestin dan Syria. Jadi, isu-isu perdebatan yang di debatkan adalah antara demonstrasi, revolusi dari negara-negara seperti ini.

Ok, aku tak kisah lah jumpa mereka tu. Memang suka sangat. Kadang-kadang rasa tak sabar nak datang ke kalas, sebab nak jumpa kawan-kawan Arab ni. Ingat boleh belajar lah sikit-sikit denagn diorang kan. Tapi aku agak kurang berkenan lah dengan sikap dan perangai sesetengah orang Arab ni semasa belajar dan menuntut ilmu. Aku ni macam bukan kawan diorang je. Langsung tak hormat ustaz yang mengajar kat depan. buat kerja lain, main hand-phone, main laptop, i-Pad, berborak, keluar sesuka hati, ponteng kelas yang lebih teruk melawan dan meninggi suara apabila ada sesuatu isu yang tidak puas hati. Kalau rasa tak nak belajar, xtak payah lah datang ke kelas. Aku kadang-kadang nak tegur, tapi rasa tak mampu nak bersuara.

Ok, pasal bahasa pulak. hampir kesemua orang Arab ni cakap bahasa ammiy, atau bahasa pasar! Langsung tak hiraukan aku ni sorang-sorang yang x faham apa yang meraka cakap! berapa kali ustaz tegur supaya bercakap fushah dalam kelas, sebab ada orang kuarang faham lughah yang mereka cakap. Sebab bukan aku sorang je, ada kawan aku perempuan yang Melayu jugak. Kena faham lah, hormat sikit orang yang kurang mengerti bahasa yang mereka cakap.

Kadang-kadang aku tak dapat apa-apa, tak dapat istifadah pembelajaran yang aku belajar dalam kelas. Ustaz pun tak dapat nak kawal kelas yang kadang-kadang mengalahkan pasar borong Selayang yang riuh denag orang membeli-belah. Sampai pening kepala aku nak memahamkan apa yang meraka cakap. Susah sangat ke nak cakap Fushah?? kan bahasa korang jugak. At least hormat sikit kepada orang yang baru nak meranagkak belajar bahasa Arab ni.

Tapi, Alhamdulillah... Aku sangat seronok dapat berkenalan dengan mereka. Walaupun kadang-kadang sakit hati jugak aku di buatnya.Hehe.. At least, dapat lah sikit-sikit belajar bahasa Ammiy, walaupun tak pergi ke negara ARAB :)



Aku tidaklah berangan nak jadi debater yang hebat, tapi cuba sedayanya apa yang aku mampu..
Alhamdulillah .. Terima Kasih Ya Allah !

Gambar semasa Royal Debate di USM, January 2012



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 komentar:

Powered By Blogger