!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Wednesday, December 28, 2011

Final Exam



Assalamualaykum everybody..

Minggu ni memang minggu sibuk bagi aku sebagai seorang student di UIA nih .. 
Final Exam around de corner . . ..


Harap2 sem ni ada lah peningkatannya .
Mohon doanya teman-teman. . n_n
Allahul Mustaan .  . ~


Next Paper : Arabic Lexicography , 3.00pm . .



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Friday, December 16, 2011

OH Palapes uDara . . .




Belek-belek laptop ni terjumpa pulak gambar ni.
Oh PALAPES ...

teringat zaman2 itu . . .

menyesal resign ... ??

ok bye.


sssss: Cari la gambar aku kat situ ... :D


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Tak Mandi ??



Salam...

Haha ..! Hari ni memang hari yang tak boleh lupa dalm sejarah . .
Malam tadi memang tidur lewat.. nak kata lewat,  lewat jugak laaa. Pukul 2 pagi..


Padahal esok nak exam Tilawah. Dah lah xde buku nak baca.. Memang tawakkal je lah esok . ..


Exam pukul 8.30 pagi. Memang aku rasa x bangun la kot.. Memang susah giler nak bangun pagi pagi. Sebab kelas memang pukul 10 setiap hari.Kecuali hari Selasa dgn Khamis pukul 9. Itu pon slalu miss, x datang.. Kalau datang pon lewat. . .




oK, nak dijadikan cerita. malam tu memang dah berazam nak bangun awal, sebab exam start pukul 8.30..
Alhamdulillah... bangun pukul 7.oo . . sejarah di uia bangun pkul 7.. boleh dibilang dengan jari kalau bangun awal ..  Itu pon nasib baik mama kol.. kalau x, memang tak bangun la jawabnyeeee..


ok..lepas solat Subuh, berniat nak baca buku la sikit, sebab malam tadi tak habis baca lagi...


tup tup........ tertidur koootttt!!! sammmmmmpaiii pukul 9 . . .
Ya Allah..! memang cuak gilerr.. tak kan nak miss exam kot. .???


terus pergi bilik air, gosok gigi. ..


nak mandi memang tak sempat laa...
aku mandi dah la sejam......(yeke sejam..? ke, lebih....??)


hahhaa...tanpa berfikir panjang, tak payah mandi, n terus berlari pergi exam... Nasib baik laaaaaaa boleh ambil exam....Tilawah je kot.... lewat pon lewat la....yang penting ambil...


Memang first time pergi kelas x tak mandi . . .


besttt koott!!!


Jumuah Mubarakah to all. . .  ~




k bye :P

** Apalah nasib aku hari ni .. 


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, December 8, 2011

~ stress!




aku stresss!!!

sebab . . ...  . . .




NAHU .!!

BYE!



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu~






Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…

uuu…uuu..




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, November 10, 2011

Good Luck teamates IIUM .!





ALL THE BEST TEAM IIUM KE ASEAN ARABIC DEBATE !

 JADUAL PERLAWANAN PAGI INI,
 JAM 9 A.M
UIAM A vs UPSI
UIAM B vs UNIsZA A 

Fightinggggg . . !!


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Saturday, October 15, 2011

Motivational Talk n Grand Solat Hajat A.L.A 2011



Assalamu3laykum.
Harap semua dalam keadaan baik baik sahaja..

Wahai mood menulis, Datanglah kepadaku . . . !

HUH! lama betul tak menulis. Sebenarnya memang nak menulis, tapi  selalu je tak de masa yang sesuai.
Alhamdulillah pada hari ini dapat juga lah menghadap laptop ni.


Ok hari ni penulis ingin berkongsi cerita tentang program 'Motivational Talk' dan Solat Hajat pada hari Jumaat yang lepas....:)

Alhamdulillah, Arabic Language Association (A.L.A) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengadakan satu program motivasi dan Solat Hajat untuk pelajar Bahasa Arab di universiti ini baru baru ini. Walaupun penulis tidak terlibat secara langsung dalam program ini, namun penulis turut  serta menjayakan program di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah ini. 

Walaupun penyertaan kurang menggalakkan, tetapi penulis berasa program ini telah berjaya di laksanakan dengan jayanya. Turut hadir, Ustaz Che' Abdul Majid Bin Che Omar, Pensyarah bahasa Arab Pusat Asasi UIAM, Nilai membuka muqaddimah Motivasi yang cukup memukau pelajar pelajar yang menyertainya.

Pada sebelah malamnya, selepas solat magrib, diadakan bacaan  Yassin dan Solat Hajat bersama pelajar bahasa Arab yang di imami oleh Akh Zuhair..
 Jadi saya kira amat rugilah bagi mereka yang tidak hadir ke program ini......!

hahaa!

Tahniah buat BIRO  DAKWAH DAN TARBIYYAH!, Saudara Amnan dan Rasyidah..
DAN SEMUA KOMMITI YANG TERLIBAT..!

SUPERRBB!!!



*terima kasih tukang ambil gambar dan tuan punya kamera :D

psss: cuba untuk menulis dalam bahasa Melayu Fushah . .  *_*


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Friday, September 30, 2011

warm up!



Assalamualaykum everybody . .!

seperti biasa ..
dah lama x update blog ni....
dah 3 minggu sesi pembelajaran di UIA bermula..
setelah 4 bulan 'bercuti' . . .


hmm..
penulis berasa perlukan motivasi untuk menaikkan semangat semula untuk belajar ,
4 bulan di luar negara rasa kekok berada di negara sendiri....hua3.. (poyo jee)


ok..itu je yang aku nak cakap..
bye!



***x dapat beraya bersama thun ni bersama mereka.***


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri 1423 H



Assalamu3alaykum..

Kepada semua pembaca blog ,

Dengan rasa rendah diri nya, Saya,

MOHD FIRDAUS BIN MAHZAN


Mengucapkan ,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN 1432 H


Buat keluarga, sanak saudara,sahabat handai dan yang mengenali diri ini,
saya ingin memohon kemaafan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki..
Tahun ni tak dapat bersama beraya di Malaysia..
InsyaAllah raya ke 4 saya akan pulang ke Malaysia...



Salam rindu dari perantauan,
Firdaus,
Doha, Qatar


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Monday, August 29, 2011

Warm up!



Assalamu3laykum...
Rasanya lama benar saya tidak menjenguk blog ini...

minta maaf la..
saya begitu sibuk sampai terlupa nak update blog ni...

naa sekarang blog saya bertukar wajah baru..hehe
kalau perasan la...bukan apa rimas dengan template blog yang lama ..
ntah hape2 nth...

harap semua boleh terima lah template baru saya ni ye..hihi,

okey sebenarnarnya banyak benda yang saya nak kongsi .
terutama time saya belajar di Morocco selama 3 bulan..
dan sempat berpuasa selama 4 hari di sana..

dan sekarang, saya berada di Qatar, sebenarnya dah kena balik Malysia, sebab visa Morocco dah habis. dapat 3 bulan. Saya apply dulu kat Malaysia 4 bulan, dan renew visa sebulan kat Morocco....
tengok2 tak boleh nak renew tue. kalau tak, saya sekarang ni kat Morocco laaa sampai Raya..


Yang terjadinya ke Qatar ni sebab kebetulan naik Qatar Airways,,huhu
itulah yang buat stop over sebulan tue...menggantikan tempat di Morocco..
tak nak lah balik Malaysia awal2 kan kan..hehe

hmm sekejap je rasanya masa berlalu..
rasa macam semalam berpuasa kan..
sekarang sudah Ramadhan yang ke 29..

terlalu cepat bagi saya....hmm 
mungkin banyak travel kot di bulan Ramadhan ni, itu lah yang macam tak rasa berpuasa tue..

hmmm..apa apa pun saya harapkan ganjaran dan pahala dari Allah untuk kita semua..
Semoga semua amalan kebajikan yang kita kerjakan di bulan yang mulia ini diterima oleh Allah..

dan bersiap sedia untuk ke bulan syawal dimana kita keluar seperti bayi yang baru lahir..
Semoga Allah mengampunkan dosa dosa kita...
Ameenn..

Salam ,



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Sunday, July 31, 2011

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU






YA ALLAH..
andai ini ramadhan terakhirku,
KAU campakknlah rahmatmu padaku,
agar aku sentiasa melabuhkn cintaku padaMU..
KAU kurniakn padaku sifat tawadduk,
agar aku sentiasa merapatkn diriku padaMU.

YA ALLAH
ku pohon , sebelum kakiku melangkah
ke universiti ramadhan bagi semester kali ini ,
ku mohon kau ampuni dosa2 laluku,
kau berikn rahmatmu pada insan2 disekelilingku,
kepada ku , saudara2 seislamku
andai kau beri ujian pada kami ,
kau kuatkn hati kami
agar kami sentiasa mengadu padaMU
memohon pertolonganmu
merayu cintaMU..


YA ALLAH..
ku mohon barakahMU sepanjang ramadhan ini,
seterusnya sepanjang hidup ini,
KAU redhakn setiap zarah udara yg aku hidu,
sesungguhnya aku tahu ,
aku tak akan pernah mampu utk membalas 
setiap yg ENGKAU berikan padaku






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~SALAM RAMADHAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Wednesday, July 27, 2011

awan Morocco





























hehee...saja2 nak kongsi awan Morocco

semoga terhibur . . :]


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Tuesday, July 26, 2011

TIUPLAH DUKA INI WAHAI ANGIN MOROCCO





Semalam duka itu menjengah kembali...

mengukir pilu di hati..

mengimbau kenangan itu..

yg membuatkn diriku menangis meratapinya..


bila ku layan rasa ,

mutiara jernih berbuah di tubir mata ,

sedu sedan menguasai dada..

resah gelisah menghantui minda...



tetapi aku perlu kuat ,

untuk mereka yg aku kasihi

walaupun ku terpaksa mengukir senyum dlm duka

menyembunyikn lara di jiwa..

menyembuhkn luka yg bermaharajalela..


ku pohon padaMU ya ALLAH

KAU hilangknlah duka ini ,

dengan tiupan debu2 kering di sini ,

debu2 kota morocco yg kau takdirkn bersamaku ,

kau hilangknlah laraku yg kian bersarat ini..

sembuhknlah aku dari sakit rindu ini..

bangkitknlah aku dengan semangat hidup yg kian meninggi..

agar aku bisa menjadi pengukir senyuman insan2 yg aku kasihi...


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Sunday, July 10, 2011

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN




Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Friday, July 8, 2011

JODOH DAN TAKDIR




Selalu Aku Berdoa Kepada Yang Maha Esa
Moga Dikurnia Seorang Ratu Di Jiwa
Tempat Untuk Kucurahkan Segala Rasa
Perasaan Yang Tersimpan Seribu Satu Makna

Di Kala Aku Keseorangan
Dia Penghibur Dan Jua Peneman
Hati Yang Sayu Tidak Kesepian
Duka Dan Lara Tiada Keresahan

Ya Allah Tidak Ku Pinta Yang Menawan
Tidak Kuharap Yang Hartawan
Bukan Jua Kerna Kedudukan
Cuma Ku Damba Insan Yang Sepadan

Kasihnya Sejati Bukannya Kerna Paksaan
Biarpun Derita Yang Menjadi Rintangan
Ketulusannya Yang Tiada Bandingan
Tercipta Ayu Indahnya Peribadi Insan


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, July 7, 2011

GADISKU




Gadisku,Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang.Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu.Namun...tidak semua bunga senang didekati sang
kumbang lantaran duri yg memagari diri,umpama mawar merah,dari jauh sudah terhidu keharumannya.Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku,
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN TAKWA KEPADA ALLAH...HiASILAH WAJAHMU dengan titisan wuduk.INGATlAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika
dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah,umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dengan suatau permata yg diletakkan dalam bekas
tertutup.Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatau yg tersembunyi,melebihi sesuatu yg terdedah.WANITA SOLEHAHyg patuh dan
taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam.Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu.Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg engkau miliki,sudah pasti
darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan,maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke
arah itu.Yang penting gadisku engkau miliki azam,usaha,dan istiqamah..

Gadisku,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki.Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU,maka sudah tidak ada perisai yg dapat membetengimu.Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu"tidak ada suatu fitnah yang lebih besar,yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita."Oleh itu gadisku,setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran
dan As-Sunah.Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu
setaraf kaum Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku,
Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi.Itulah fitrah semulajadi setiap insan,namun ramai antara kaummu yg tewas kerana CINTA....bercinta
tidak salah,tetapi memuja cinta itu salah.Ini adalah kerana,KERANA CINTA MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA MARUAH TERGADAI.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta.Benarlah SABDA RASULULLAH SAW MEMBAWA MAKSUD,"Sesungguhnya cinta itu buta"Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan
baril, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAHSWT.Sebelum engkau mendekati cinta,cintailah dirimu
terlebih dahulu.Cintailahdirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik.Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga,lalu
mengalami proses pembetukan yg sempurna hasil rencana ALLAH.Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH dan dgn itu,akan timbul CINTADAN KASIHMU TERHADAP PENCIPTAMU..

Gadisku,
Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YG HAKIKI DAN ABADI

-----------------


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Monday, June 27, 2011

waktu haram solat




Waktu haram ialah:

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am

Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam
ie sesudah azan hingga 10.30mlm


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Sunday, June 26, 2011

KENIKMATAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH




Sesungguhnya pahala menunaikan solat Subuh dan Isyak dengan berjemaah sama dengan melakukan solat semalam suntuk yang dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api. Sebagaimana hadis riwayat Muslim dan Usman bin Affan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa melakukan solat Isyak dengan berjemaah, maka seolah melakukan solat separuh malam. Dan barangsiapa yang melakukan solat Subuh dengan berjemaah maka seolah melakukan solat semalam suntuk."
1) Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Berilah khabar gembira pada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna di hari akhirat." (HR Abu Daud dan Tarmizi)
2) Sesungguhnya melakukan solat jemaah Subuh dan Asar tepat pada waktunya termasuk sebab yang memasukkan seseorang ke syurga dan selamat dari seksa neraka. Rasulullah bersabda: "Tidak masuk neraka seseorang yang melakukan solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam (solat subuh dan Asar.") (HR:Muslim)
3) Malaikat berkumpul di waktu solat Asar dan Subuh. Merekalah yang membawa rahmat dan berkat.
4) Sesungguhnya satu langkah orang yang berjalan ke masjid adalah menghapuskan kesalahan dan yang lain mengangkat darjat. Maka langkah yang banyak ke masjid termasuk hal yang membawa kesalahan dihapus dan darjat diangkat, sebagaimana hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan Iman Muslim.
Betapa besarnya ganjaran Allah yang menanti bagi mereka yang solat Subuh berjemaah khususnya di masjid.Apakah alasan yang hendak diberikan oleh mereka yang tidak hadir ke masjid di waktu Subuh? Mereka diberi kemudahan motor dan kereta oleh Allah. Mereka diberi tilam yang empok oleh Allah. Masjid melaungkan azan pertama sejak jam 5.00 pagi lagi (azan pertama) untuk mereka bersedia ke rumah Allah. Mereka belum ada urusan lain, yang kerap dijadikan alasan kerana tak mahu ke rumah Allah. Jika kita dihadapkan di depan Allah kelak,dengan alasan bagaimanakah akan kita jawab? Bagi mereka yang tidak datang bersolat berjemaah Subuh di masjid, marilah kita berubah.
KERUGIAN ORANG YANG TIDAK SOLAT SUBUH.
Berikut adalah kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan solat lain secara berjemaah:
1) Memiliki sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas) Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafa Alaih)
2) Kesengajaan tidur hingga tidak solat subuh dan meninggalkan solat berjemaah merupakan perbuatan kufur dan diancam dengan ancaman yang sangat berat. Allah berfirman bermaksud: "Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya." (Al Ma'un 4-5)
3) Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: "Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.“ (Muttafa Alaih)
Allah SWT sendiri mengatakan bahawa mereka yang susah untuk solat Isyak dan Subuh adalah orang munafik. Jadi tak susahlah kita hendak kenali orang munafik. Dan kita sendiri dapat mengukur adakah kita ini orang munafik atau tidak.
Datangilah masjid-masjid dan surau-surau untuk bersolat Subuh.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Saturday, June 25, 2011

SEPI




Diam,
Sunyi, sepi,
Dalam kegelapan ku lihat tiada cahaya,
Menggapai angin malam yg sejuk dingin,
Aku keseorangan,
Menangis menitis airmata beku,
Bagai tiada siapa peduli,
Ku masih berteleku di situ,
Tapi tiada siapa.. kosong.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tetap begitu,
Buta mata, buta hati,
Tiada senyuman terukir di bibir,
Tiada ilmu terpahat di dada,
Tiada sayang menerpa di jiwa,
Bagai jasad tiada rohnya,
Begitu aku,
Biar apa di nanti,
Siapaku untuk mentafsir.

Diam,
Sunyi, sepi,
Aku masih kaku,
Dalam diam,
Sayup-sayup namaku,
Dipanggil syahdu,
Hangat mula terasa di jari jemariku,
Lantas ku toleh,
Seluruh dekat ku terasa bernyawa,
Ku rentap sentuhan itu,
Setelah terpampang suatu wajah,
Seorang yang bergelar lelaki.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Salam dihulur, persahabatan di minta,
Kusambut mesra,
Hariku berseri,
Hidupku bermakna,
Alhamdulillah kupanjat kesyukuran,
Anugerah seorang insan,
Bernama sahabat.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Berteman sahabat,
Tanpa kusedari cinta terpatri,
Bermunajat ku pada Ilahi,
Apakah semua ini,
Setakat khayalan atau hakiki.

Diam,
Sunyi, sepi,
Menerjah kembali,
Kala aku berteleku kepada-Mu,
Meminta petunjuk,
Kepada suatu keputusan,
Kepastian menjelma,
Untukmu sahabat,
Maaf ku pinta,
Aku belum bersedia,
Pada cinta yg sementara cuma,
Cintaku kini hanya pada ya-Rabbi,
Penciptaku yang Esa,
Yang memberi anugerah,
Mengenal erti Cinta dan Sahabat,
Terima kasih Ya-Rabb.

Antara sahabat, cinta dan Rabb,
kecintaanku kini hanya Pada-Mu.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Friday, June 24, 2011

MENGAPA IBUMU MENANGIS




Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Wednesday, June 22, 2011

TIKA RINDU MENYUSUR




Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu
,
Cinta yang kekal da
n abadi.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Tuesday, June 21, 2011

CERITA HATI




Semalam yang telah pergi

Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

AKU KEMBALI




salam kembalinya ku....
setelah berpurnama ku menyepi..
kini ku kembali membawa sinar pada tempatku mencurah rasa hati , isi minda yang terlintas dek fikiran..
menyepi bukan bermakna ku menyediri.. tp menyepi penuh berisi , mengembara menimba ilmu di perantauan..
biarlah ku sepi dan menyendiri di blogku ini, tp yg penting dadaku terisi dengan titis2 ilmu milik-NYA.. insyaALLAH akn ku terus perjuangkn tiap titis darah yg mengalir ini :)


ini sahaja coretan permulan kembalinya aku ke sini :) wassalam..


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Tuesday, January 18, 2011

Assalamualaikum



Salam

Hi everybody.. :)

gonna be the third speaker for tonight's debate.

Hope everything gonna be okay

That's all for today

Have a nice day :-D


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, January 13, 2011

..Miss U..!




I'm Feeling So Lonely,
Like A Ship In The Middle Of Sea;

The Sky Is Weeping, The World Is Quiet.
...Everything Looks Fade, Wherever I See;

They Say, Everything Is In Its Place.
Then Why I Feel This Hollow,
Inside Me?

Can't I Change This Into Happiness?
Can't I Make This Moment A Fantasy?

Yes Dear, It Is Possible
The Whole World Would Be Different
If You Were Here, With Me.

Missing You

.....
...
-Egyptian-



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Tuesday, January 11, 2011

saya sayang awak..





Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy ca
ntik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..
Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu
Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.
Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak se
ntuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~
Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...
Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & teru
s menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..
Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan
, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]
peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO