!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Thursday, July 7, 2011

GADISKU




Gadisku,Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang.Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu.Namun...tidak semua bunga senang didekati sang
kumbang lantaran duri yg memagari diri,umpama mawar merah,dari jauh sudah terhidu keharumannya.Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku,
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN TAKWA KEPADA ALLAH...HiASILAH WAJAHMU dengan titisan wuduk.INGATlAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika
dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah,umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dengan suatau permata yg diletakkan dalam bekas
tertutup.Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatau yg tersembunyi,melebihi sesuatu yg terdedah.WANITA SOLEHAHyg patuh dan
taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam.Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu.Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg engkau miliki,sudah pasti
darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan,maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke
arah itu.Yang penting gadisku engkau miliki azam,usaha,dan istiqamah..

Gadisku,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki.Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU,maka sudah tidak ada perisai yg dapat membetengimu.Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu"tidak ada suatu fitnah yang lebih besar,yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita."Oleh itu gadisku,setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran
dan As-Sunah.Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu
setaraf kaum Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku,
Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi.Itulah fitrah semulajadi setiap insan,namun ramai antara kaummu yg tewas kerana CINTA....bercinta
tidak salah,tetapi memuja cinta itu salah.Ini adalah kerana,KERANA CINTA MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA MARUAH TERGADAI.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta.Benarlah SABDA RASULULLAH SAW MEMBAWA MAKSUD,"Sesungguhnya cinta itu buta"Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan
baril, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAHSWT.Sebelum engkau mendekati cinta,cintailah dirimu
terlebih dahulu.Cintailahdirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik.Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga,lalu
mengalami proses pembetukan yg sempurna hasil rencana ALLAH.Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH dan dgn itu,akan timbul CINTADAN KASIHMU TERHADAP PENCIPTAMU..

Gadisku,
Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YG HAKIKI DAN ABADI

-----------------


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO