!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Thursday, December 6, 2012

1st ever IIUM OPEN DEBATE (1)



Alhamdulillah, hasil usaha dan titik peluh saya, program yang julung-julung saya adakan hampir-hampir melabuhkan tirainya. IIUM OPEN DEBATE anjuran kelab debat bahasa ARAB UIAM ini adalah buah fikiran saya. Saya merasakan bahawa program sulung saya ini perlu di adakan di akhir 'pemerintahan' saya sebagai ketua bahagian 'Studio and Training'.

Macam biasalah, kalau dah namanya program, mestilah ada masalah. Nak cerita pasal masalah ni memang tak akan habis sampai kiamat kan. Hari-hari ada masalah. Saya selaku penganjur ataupun 'Programme Manager' mestilah kene mengarah kan? betul tak?? Tapi sebaliknya saya pulak yang kene buat hampir semua kerja-kerja pertandingan ni. Bukan saya nak berkira, tapi berpada-padalah. Semua orang tak faham apa yang saya mahu sampaikan. Mungkin salah saya juga tak terangkan betul-betul apa yang saya mahukan dalam program ini.

Pasal bajet lah masalah utama sekarang. Saya pun tak tahu macamana nak ulas tentang masalah bajet. Saya pelik, di mana perginya duit peruntukan yang UIA sediakan untuk aktiviti pelajar-pelajar. Lagi-lagi nak hujung tahun  ni. Tak tahula, mungkin ada soal diskriminasi di sini. Wallahu a'lam .

Yang ke-2, pentingkan diri sendiri. Okay, masalah jiwa ni memang tak akan selesai apabila orang tu sedar dengan sendirinya. Saya faham, semua orang sibuk, ada kelas, ada kerja, ada komitmen lain. Tapi, bila ajak berbincang, ada je alasan yang di beri. Ajak meeting, ada je kerja lain. Saya tak salahkan sesiapa di sini. Saya yang salah sebab tak tegas dalam tindakan saya. Fine.

Yang ke-3, Berat mata memangdang, berat lagi bahu memikul. Ok, peribahasa ni agak-agak sesuai dengan situasi yang bagaimana? Macam berat pulak masalahnya kan..? hmmm, sebenarnya tak ada masalah pun. Cuma faham-fahamlah, kalau dah nampak orang tu sorang saja yang buat kerja, ringan-ringan kan lah tulang tu untuk menolong. Bukan biarkan dia sorang-sorang buat kerja. Faham-fahamlah kalau bekerja di bawah satu organisasi. Sama-sama senang, sama-sama susah. Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing. Saya tidak menunding jari pada mana-mana pihak, semuanya salah saya, sebab tak pandai mengarah. Fine.

Yang ke-4 pulak, masalah syok sendiri. Hahaa. macam pelik pulak masalah ni kan? Entahlah, saya rasa macam saya sorang je rasa benda ni. Sebenarnya, saya bukan nak kata apa, tapi melihat ada sesetengah pendebat ni kan, rasa macam sedih pun ada. Rasa kesian pun ada. Rasa menyampah pun kadang-kadang timbul. haha... Harap-harap ada yang faham maksud saya ni. Tapi, apa kaitannya dalam isu ni?? entah !?

Ok lah, Masuk bakul angkat sendiri.

**poster yang x lawa. hehe

1.16 am (Jam laptop)

Salam.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 komentar:

Powered By Blogger