!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Saturday, November 27, 2010

..Lafaz salam yang betul..




Assalamualaikum..


Entri kali ni saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya peroleh dari kawan saya mengenai lafaz salam...




Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
السلاما=keamanan.....
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain...



Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita
tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh



Ringkasnya, baginda SAW akan Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
Kirim salam, assalamualaikum pada Hazim ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat Hazim yer”....


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“....

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi y
ang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum
“.
Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”

Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

1 komentar:

ana share artikel nie kt fb ye... trma kasih...
 
Powered By Blogger