!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Thursday, August 15, 2013

Jangan jadi orang zalim .



Assalamualaikum .

Hari Jumaat yang mulia, semoga kita sama-sama terus kekal taat pada Allah SWT, semoga kita dilindungi-Nya.

Kadang-kadang kita merungut, rasa tak puas hati dengan kehidupan. Kita rasa hidup kita tidak sempurna, tidak seperti orang lain. Tidak seperti jiran kita, kawan kita, atau mungkin kaum kerabat kita.

Tapi sebenarnya kita tak tahu, kan? Mungkin di sebalik segala kerumitan yang kita hadapi itu, ada hikmahnya. Satu hari nanti, kita mungkin berasa lebih tenang daripada biasa. Ketika itu, janganlah merungut lagi, nauzubillah. Kita sebagai manusia memang mudah buat kesilapan. Kita rasa kita benar dan orang lain salah. Kita juga rasa kita tak buat dosa tapi orang lain banyak dosanya. Kerana itulah kita perlu berjaga-jaga dengan apa yang kita tulis dan tuturkan, tak kira di mana sahaja. Orang yang buat fitnah itu berdosa besar. Orang yang suka mengaibkan orang lain juga banyak dosanya.


Sumber google

Kadang-kadang kita rasa memang hak kita sebagai orang ramai untuk mengutuk siapa sahaja yang kita tak suka. Kalau kita tak suka seseorang pelakon itu, kita kutuk dia dengan mengarahkan kepadanya. Kalau kita tak suka sesuatu karya itu, kita juga kutuk si tukang buat karya dengan mengarah juga padanya. Paling malang kerana kita paparkan kata-kata keji di media sosial seperti Facebook atau Blog atau Twitter. Sedih, kan? Kerana setiap apa kata kita di laman itu, sebenarnya menunjukkan keperibadian kita. Bila kita mudah kutuk orang atau hina orang, itu bermakna kita memang jenis suka buat musuh. Jadi... biarlah kita berjaga-jaga dengan apa yang kita keluarkan untuk paparan orang lain. Paling malang, selepas kita kutuk orang, mungkin hati kita tidak tenteram. Kita jadi tertanya-tanya, kenapa aku jadi begini? Sebenarnya kita terlupa dengan apa yang kita telah buat kepada orang lain. Nauzubillah.

Semoga Tuhan jauhkan kita daripada segala perbuatan zalim, In syaa Allah.


Gambar ini tidak ada kena mengena dengan post ini.


#Aina Emir


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 komentar:

Powered By Blogger