!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Tuesday, October 12, 2010

Presentati0n



Salam mahabbah semua...
semoga dalam keadaan sihat dan baik-baik hendaknya....

Alhamdulillah...minggu ni minggu terakhir presentation..lega rasanya selepas dapat buat yang terbaik walaupun last2 minit baru nak buat power point..
First subjek Computer Application, Present fasal tahsin kitabati(Cara terbaik dalam penulisan menggunakan internet dalam bahsa Arab),Present yang ni memang puas hati la..ustazah pon cakap..jayyid,Mumtaz..... Harap2 markah full laa...Amin..

Then,Subjek Bahasa Melayu,Present tentang kesalahan pada papan tanda yang terdapat di Kuala Selangor. present yang ni pon cikgu puji jugak..Alhamdulillah...huhu..

Yang Last present Advanced Arabic..ustaz suruh present apa sahaja..yang penting mesti ad gambar...then ustaz bagi terus result....Alhamdulillah sekali lagi, result yang sanagt memuaskan hati siapa yang dapat......15/15..perrghhhh tak pernah seumur hidup present dapat full marks..!! The only one in the class..! Syukran Ustaz Dr.Fauzi bagi markah sebegitu... Berbaloi jugak usaha buat Last minit...
n credit to Nadeer Nasser yang banyak menolong aku buat presentati0n ni....Dia orang Yamen.. my Best Frenzzz Forever..!!


Inilah Dia Nadeer Nasser yang banyak tolong aku..Time ni kat Econss Cafe pukul 9.30 malam..Tanxx Nadeer.!! mY best frenzz , From Yamen..



Hmmmmm....... Habis dah presentati0n sekarang ni tumpukan pada Final Exam 30 hb 10 ni.....Nasib baik lah PALAPES dah habis training...Kalau x....beban la otak aku..huh!
walaupun sibuk2 mcm ni..kelas debat berjalan seperti biasa setiap malam selasa dan khamis...Sebab Royal Debate dah nak dekat ni....hmm..Hari khamis ni kene main pulak..adehh :< memang agak berat jugak tajuk nih...huhu
Harap2 dapat perf0rm yang terbaik la malam tu....

Apa-apa pun nak ucapkan G0od Luck kepada kawan2 semua..mungkin ada yang x habis presentati0n lg....dan Final exam nnati..x lame lagi....First sem ni la kene sc0re pointer..tapi x tahulah..macam x dapat 3.5 je....hohooo....

Akhir kalam,segala yang baik itu datangnya dari Allah.dan segala kecacatan dan kelemahan itu datangnya dari diri saya yang lemah ini....

كل دقيقة وأنتم بخير


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, October 7, 2010

Tanda tanda Kematian



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT...

kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

(0_o)



Salam semua...
Lame betul nak update blog nih.
mungkin sibuk kot..
sekarang ni mingu2 present n mid term...
baru lepas present c0mputer dengn BM..pas ni tinggal 1 lg presentation yang kene buat,,,ADVENCED ARABIC...

kalutnye minggu ni....
x cukup tidur, tak cukup makan..
letih dengan kelas debat malam..hmmm PALAPES lg..
pening dan serabut kepala..

nasib baik sabtu ni latihan dengan Uitm shah alam cancel...Alhamdulillah..
tapi ad latihan dan training macam biase sabtu ni.....
Latihan terakhir PALAPES..

Lepas 2 dah habis untuk sem ni..sem depan pulak..('_0)

N then x sabar nak dapat elaun...huhuuuu...


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Friday, July 23, 2010

::Dalam Kerinduan::



23 JULAI 2010
JUMAAT...

Rasanya hari begitu cepat berlalu...diam tak diam sudah 3 minggu aku dah masuk new life in Gombak...Rasa tak puas untuk bercuti,bersama family,dan bekerja...
semua itu adalah masa silamku..hari esok adalah mimpi yang tidak pasti..

Aku mesti terus dan terus bertahan untuk terus menuntut ilmu.Lebih2 lagi aku ambil jurusan Bahasa Arab.Bahasa Al Quran,Bahasa Syurga, Bahasa Nabi Muhammad S.A.W...rasanya tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang aku pikul sekarang ini....

Meskipun aku tahu ianya begitu pahit untukku telan, aku tetap kena telan juga... Aku harus sabar dan tabah menghadapi ujian dan cabaran di sini..walaupun sebenarnya aku tidak mahu meneruskan pelajaran di sini...Hmmmmm.. Aku sangat sedih dan hiba terkenangkan surat tawaran yang datang kepadaku untuk menyambung pelajaran di Jordan...tersangat sangat la sedih..='(

tapi nak buat macamana mungkin rezeki tidak mencukupi untuk menyambung pelajaran di sana...DAN Dalam keadaan aku yang sakit ini... tiada siapa yang tahu akan penyakit yang aku hidapI sekarang ni..termasuk keluargaku...tak apalah..Biarkan jelah...mungkin Allah menyediakan rezeki yang lebih baik untuk diriku....DAN Allah tahu apa yang terbaik buat diriku...segala yang Allah tentukan adalah terbaik untukku...Allah Maha Mengetahui atas apa yang kita tak tahu..


Aku rindukan teman2 dan sahabat di mesir dan Jordan....mereka mesti sudah fasih berbahasa arab,,,SABRI,AMIN,FARHANI,IZANI,MAD,IQBAL,FAIZUL,ARIF ADLI,DIJAH,BASIT,THE MOST IMPORTANT WANNA..!!! dll............Alangakah tenangnya aku seandainya mereka tahu perasaan aku di sini..menanti kepulangan dan kejayaan mereka...Aku yakin dan percaya bahawa kita semua akan berjumpa nanti....mesti ada diantara mereka ada yang akan menjadi pegawai,guru agama,lawyer syariah,peguam,penterjemah,penasihat agama.....dll..

Seandainya aku terus mengambil STAM sehingga tamat,sudah semestinya aku sudah berada di disisi mereka sekarang....TEMAN DAN SAHABAT.....belajarlah bersungguh2...niatkan segala amalan hanya kerana Allah...doaku sebagai teman mu sentiasa basah di bibirku...


berbalik kisah di UIA ni....
pada mulanya terasa exited nak masuk...menghitung hari bagai nak gila..bilalah nak 6hb 7 ni....memang perasaan untuk menjejakkan kaki di UIA ni berkobar2...setibanya hari yang di tunggu2,, tanggal 6 JULAI 2010, perasaan gembira tadi bertukar menjadi sedih dan tidak bermaya...(HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU.)
sampai sekarang perasaan itu masih melekat di benak hatiku....

walaupun aku tahu aku x dapat pergi Jordan.Di UIA ni pon ok ape...macam Jordan jugakk..ramai jugak kawan2 dari negara arab..

Time mula2 taaruf week 2 memang set in my mind nak cari kawan orang yang berbahasa arab..Alhamdulillah, impian itu ada jugak tercapainya.....=) ade la 3 4 orang dari yaman..best kalu dapat berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa arab...selalu terfikir2 bilalah aku fasih bebahasa arab,, dan mengajar bahasa Arab..(-_#)

Alahaii feeling nye la dengar lagu KItaro nih....(*_@)


HOHOO.....farhani ngn wanna rindu sama kalian berdua,,huhuu



SABRI..semoga berjaya di sana ..!


saat meninggalkan dunia sekolah......


:: kenanagn yang tidak akan di lupakan ::


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Wednesday, June 30, 2010

KITARO Matsuri (Live) Kojiki: A Story in Concert





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Monday, June 28, 2010

Sebuah Pertemuan





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Saturday, June 26, 2010

:: 9 Sebab Hati Tak Bahagia....



a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.




Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

:: Mungkin Lucu @ Lucah ::



..Cara Mencuci Kencing Dengan Betul..

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan
kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil:

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.



Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya:

1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.



Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”

Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

:: Langkah Menuju Kesempurnaan Iman ::



99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukansesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kitasebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang....

:: sekadar perkongsian. ::



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Powered By Blogger