!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts

Tuesday, May 3, 2016

أربع اعترافات عني





Syukran ~


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Tuesday, August 27, 2013

إني أحبك






Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, December 6, 2012

1st ever IIUM OPEN DEBATE (1)



Alhamdulillah, hasil usaha dan titik peluh saya, program yang julung-julung saya adakan hampir-hampir melabuhkan tirainya. IIUM OPEN DEBATE anjuran kelab debat bahasa ARAB UIAM ini adalah buah fikiran saya. Saya merasakan bahawa program sulung saya ini perlu di adakan di akhir 'pemerintahan' saya sebagai ketua bahagian 'Studio and Training'.

Macam biasalah, kalau dah namanya program, mestilah ada masalah. Nak cerita pasal masalah ni memang tak akan habis sampai kiamat kan. Hari-hari ada masalah. Saya selaku penganjur ataupun 'Programme Manager' mestilah kene mengarah kan? betul tak?? Tapi sebaliknya saya pulak yang kene buat hampir semua kerja-kerja pertandingan ni. Bukan saya nak berkira, tapi berpada-padalah. Semua orang tak faham apa yang saya mahu sampaikan. Mungkin salah saya juga tak terangkan betul-betul apa yang saya mahukan dalam program ini.

Pasal bajet lah masalah utama sekarang. Saya pun tak tahu macamana nak ulas tentang masalah bajet. Saya pelik, di mana perginya duit peruntukan yang UIA sediakan untuk aktiviti pelajar-pelajar. Lagi-lagi nak hujung tahun  ni. Tak tahula, mungkin ada soal diskriminasi di sini. Wallahu a'lam .

Yang ke-2, pentingkan diri sendiri. Okay, masalah jiwa ni memang tak akan selesai apabila orang tu sedar dengan sendirinya. Saya faham, semua orang sibuk, ada kelas, ada kerja, ada komitmen lain. Tapi, bila ajak berbincang, ada je alasan yang di beri. Ajak meeting, ada je kerja lain. Saya tak salahkan sesiapa di sini. Saya yang salah sebab tak tegas dalam tindakan saya. Fine.

Yang ke-3, Berat mata memangdang, berat lagi bahu memikul. Ok, peribahasa ni agak-agak sesuai dengan situasi yang bagaimana? Macam berat pulak masalahnya kan..? hmmm, sebenarnya tak ada masalah pun. Cuma faham-fahamlah, kalau dah nampak orang tu sorang saja yang buat kerja, ringan-ringan kan lah tulang tu untuk menolong. Bukan biarkan dia sorang-sorang buat kerja. Faham-fahamlah kalau bekerja di bawah satu organisasi. Sama-sama senang, sama-sama susah. Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing. Saya tidak menunding jari pada mana-mana pihak, semuanya salah saya, sebab tak pandai mengarah. Fine.

Yang ke-4 pulak, masalah syok sendiri. Hahaa. macam pelik pulak masalah ni kan? Entahlah, saya rasa macam saya sorang je rasa benda ni. Sebenarnya, saya bukan nak kata apa, tapi melihat ada sesetengah pendebat ni kan, rasa macam sedih pun ada. Rasa kesian pun ada. Rasa menyampah pun kadang-kadang timbul. haha... Harap-harap ada yang faham maksud saya ni. Tapi, apa kaitannya dalam isu ni?? entah !?

Ok lah, Masuk bakul angkat sendiri.

**poster yang x lawa. hehe

1.16 am (Jam laptop)

Salam.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Monday, December 3, 2012

Debate vs Language



Salam perdebatan,

Baru habis kelas debat bahasa Arab C.C.A.C (Co-curricular Activity Center) bersama Dr. Fouad Rawash dari Mesir. Kelas debat ni antara skill yang aku ambil di Universiti. Insya Allah sem ni habis lah kelas skill aku . yeaayy !

Cuma ingin berkongsi pengalaman selama lebih kurang 2 semester aku berada di dalam kelas debate ni. 99% pelajar dalam kelas aku ni adalah orang Arab ! Aku seorang sahaja lelaki Melayu; Malaysia yang berada dalam kelas ni. Boleh bayangkan bagaimana perasaan aku setiap hari Isnin dan Rabu, 8 malam akan berjumpa mereka.

Hampir kesuma orang Arab ni datang dari latar negara yang berbeza-beza. Ada yang dari Yamen, Palestin, Saudi Arabia, Sudan, Somalia, Mesir, dan Syria. Negara-negara ni lah yang aku perasan dari loghat dan lahjah yang mereka cakap. Dan ada juga yang aku berkenalan secara personally. Rata-rata dari negera yang bergolak seperti Mesir, Palestin dan Syria. Jadi, isu-isu perdebatan yang di debatkan adalah antara demonstrasi, revolusi dari negara-negara seperti ini.

Ok, aku tak kisah lah jumpa mereka tu. Memang suka sangat. Kadang-kadang rasa tak sabar nak datang ke kalas, sebab nak jumpa kawan-kawan Arab ni. Ingat boleh belajar lah sikit-sikit denagn diorang kan. Tapi aku agak kurang berkenan lah dengan sikap dan perangai sesetengah orang Arab ni semasa belajar dan menuntut ilmu. Aku ni macam bukan kawan diorang je. Langsung tak hormat ustaz yang mengajar kat depan. buat kerja lain, main hand-phone, main laptop, i-Pad, berborak, keluar sesuka hati, ponteng kelas yang lebih teruk melawan dan meninggi suara apabila ada sesuatu isu yang tidak puas hati. Kalau rasa tak nak belajar, xtak payah lah datang ke kelas. Aku kadang-kadang nak tegur, tapi rasa tak mampu nak bersuara.

Ok, pasal bahasa pulak. hampir kesemua orang Arab ni cakap bahasa ammiy, atau bahasa pasar! Langsung tak hiraukan aku ni sorang-sorang yang x faham apa yang meraka cakap! berapa kali ustaz tegur supaya bercakap fushah dalam kelas, sebab ada orang kuarang faham lughah yang mereka cakap. Sebab bukan aku sorang je, ada kawan aku perempuan yang Melayu jugak. Kena faham lah, hormat sikit orang yang kurang mengerti bahasa yang mereka cakap.

Kadang-kadang aku tak dapat apa-apa, tak dapat istifadah pembelajaran yang aku belajar dalam kelas. Ustaz pun tak dapat nak kawal kelas yang kadang-kadang mengalahkan pasar borong Selayang yang riuh denag orang membeli-belah. Sampai pening kepala aku nak memahamkan apa yang meraka cakap. Susah sangat ke nak cakap Fushah?? kan bahasa korang jugak. At least hormat sikit kepada orang yang baru nak meranagkak belajar bahasa Arab ni.

Tapi, Alhamdulillah... Aku sangat seronok dapat berkenalan dengan mereka. Walaupun kadang-kadang sakit hati jugak aku di buatnya.Hehe.. At least, dapat lah sikit-sikit belajar bahasa Ammiy, walaupun tak pergi ke negara ARAB :)



Aku tidaklah berangan nak jadi debater yang hebat, tapi cuba sedayanya apa yang aku mampu..
Alhamdulillah .. Terima Kasih Ya Allah !

Gambar semasa Royal Debate di USM, January 2012



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Wednesday, August 15, 2012

Bersyukurlah




“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri


sesuatu yang banyak.”

 
(HR. Ahmad)


SALAM RAMADHAN AL MUBARAK .





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Friday, December 16, 2011

Tak Mandi ??



Salam...

Haha ..! Hari ni memang hari yang tak boleh lupa dalm sejarah . .
Malam tadi memang tidur lewat.. nak kata lewat,  lewat jugak laaa. Pukul 2 pagi..


Padahal esok nak exam Tilawah. Dah lah xde buku nak baca.. Memang tawakkal je lah esok . ..


Exam pukul 8.30 pagi. Memang aku rasa x bangun la kot.. Memang susah giler nak bangun pagi pagi. Sebab kelas memang pukul 10 setiap hari.Kecuali hari Selasa dgn Khamis pukul 9. Itu pon slalu miss, x datang.. Kalau datang pon lewat. . .




oK, nak dijadikan cerita. malam tu memang dah berazam nak bangun awal, sebab exam start pukul 8.30..
Alhamdulillah... bangun pukul 7.oo . . sejarah di uia bangun pkul 7.. boleh dibilang dengan jari kalau bangun awal ..  Itu pon nasib baik mama kol.. kalau x, memang tak bangun la jawabnyeeee..


ok..lepas solat Subuh, berniat nak baca buku la sikit, sebab malam tadi tak habis baca lagi...


tup tup........ tertidur koootttt!!! sammmmmmpaiii pukul 9 . . .
Ya Allah..! memang cuak gilerr.. tak kan nak miss exam kot. .???


terus pergi bilik air, gosok gigi. ..


nak mandi memang tak sempat laa...
aku mandi dah la sejam......(yeke sejam..? ke, lebih....??)


hahhaa...tanpa berfikir panjang, tak payah mandi, n terus berlari pergi exam... Nasib baik laaaaaaa boleh ambil exam....Tilawah je kot.... lewat pon lewat la....yang penting ambil...


Memang first time pergi kelas x tak mandi . . .


besttt koott!!!


Jumuah Mubarakah to all. . .  ~




k bye :P

** Apalah nasib aku hari ni .. 


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, December 8, 2011

~ stress!




aku stresss!!!

sebab . . ...  . . .




NAHU .!!

BYE!



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Tuesday, July 26, 2011

TIUPLAH DUKA INI WAHAI ANGIN MOROCCO





Semalam duka itu menjengah kembali...

mengukir pilu di hati..

mengimbau kenangan itu..

yg membuatkn diriku menangis meratapinya..


bila ku layan rasa ,

mutiara jernih berbuah di tubir mata ,

sedu sedan menguasai dada..

resah gelisah menghantui minda...



tetapi aku perlu kuat ,

untuk mereka yg aku kasihi

walaupun ku terpaksa mengukir senyum dlm duka

menyembunyikn lara di jiwa..

menyembuhkn luka yg bermaharajalela..


ku pohon padaMU ya ALLAH

KAU hilangknlah duka ini ,

dengan tiupan debu2 kering di sini ,

debu2 kota morocco yg kau takdirkn bersamaku ,

kau hilangknlah laraku yg kian bersarat ini..

sembuhknlah aku dari sakit rindu ini..

bangkitknlah aku dengan semangat hidup yg kian meninggi..

agar aku bisa menjadi pengukir senyuman insan2 yg aku kasihi...


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Saturday, June 25, 2011

SEPI




Diam,
Sunyi, sepi,
Dalam kegelapan ku lihat tiada cahaya,
Menggapai angin malam yg sejuk dingin,
Aku keseorangan,
Menangis menitis airmata beku,
Bagai tiada siapa peduli,
Ku masih berteleku di situ,
Tapi tiada siapa.. kosong.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tetap begitu,
Buta mata, buta hati,
Tiada senyuman terukir di bibir,
Tiada ilmu terpahat di dada,
Tiada sayang menerpa di jiwa,
Bagai jasad tiada rohnya,
Begitu aku,
Biar apa di nanti,
Siapaku untuk mentafsir.

Diam,
Sunyi, sepi,
Aku masih kaku,
Dalam diam,
Sayup-sayup namaku,
Dipanggil syahdu,
Hangat mula terasa di jari jemariku,
Lantas ku toleh,
Seluruh dekat ku terasa bernyawa,
Ku rentap sentuhan itu,
Setelah terpampang suatu wajah,
Seorang yang bergelar lelaki.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Salam dihulur, persahabatan di minta,
Kusambut mesra,
Hariku berseri,
Hidupku bermakna,
Alhamdulillah kupanjat kesyukuran,
Anugerah seorang insan,
Bernama sahabat.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Berteman sahabat,
Tanpa kusedari cinta terpatri,
Bermunajat ku pada Ilahi,
Apakah semua ini,
Setakat khayalan atau hakiki.

Diam,
Sunyi, sepi,
Menerjah kembali,
Kala aku berteleku kepada-Mu,
Meminta petunjuk,
Kepada suatu keputusan,
Kepastian menjelma,
Untukmu sahabat,
Maaf ku pinta,
Aku belum bersedia,
Pada cinta yg sementara cuma,
Cintaku kini hanya pada ya-Rabbi,
Penciptaku yang Esa,
Yang memberi anugerah,
Mengenal erti Cinta dan Sahabat,
Terima kasih Ya-Rabb.

Antara sahabat, cinta dan Rabb,
kecintaanku kini hanya Pada-Mu.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Wednesday, November 24, 2010

..busan bosan..!



saya x tawu nak buat ape.....
saya sangat bosan sekarang ni...
0rang lain semua xde..
saya sorang shja di bilik ni...
saya sangat lapar...
cafe salahuddin tutup..
saya x tawu nak makan ape...

saya sangat bosan,boring..!!


esok training debat...
cepat la hari esok....
saya sudah tidak tahan lagi ni....

saya x puas cuti di rumah...
saya mahu pulang...
saya mahu tolong adik saya spm skarang ni...

grrrr sangat boring....




sanagt laparrr...

xde makanan ke...????


hujan pulak 2 kat luar...
malam ni aku tdur sorang2..



aku takut......

aku seram...

saya nak balik...


m0od: LAPAR+ BOSAN +BORING +SUNYI +SEPI +SERAM +bla bla bla..


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Friday, November 5, 2010

a.k.u.





"aku merasa diri hilang tanpa tau apa yg sudah ku temukan..
aku merasa memerlukan tanpa tau apa yg aku cari..
dan aku seperti masih mencari tanpa tau apa yg sudah hilang.."

semakin hari..
aku jd semakin keliru..
keliru dgn hidup sendiri..


semakin hari..

aku rasa ia semakin jauh..
jauh dr diri aku..


mungkin semakin hari lg..

ia hilang..
dan apa yg aku rasa hanyalah..

kehilangan..



*ntah|apa|la|yang|aku|mengarutkan|. . .






Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, November 4, 2010

::.. SyOk sEnDiRi ::..





Aku memilihmu…
karena ketIDaksempurnaanmu
juga ketIDaksempurnaanku,,
sebab aku ingin mencapainya bersamamu
meski aku dan kamu tak akan pernah mencapainya
atau bahkan sekedar mendekatinya...
tapi, cintaku …
bukankah karena ketiDaksempurnaan, kita belajar?
tentang sabar dan syukur?
tentang kepedulian dan pengorbanan?
tentang diri kita?
tentang … apapun!
aku ingin belajar itu semua … bersamamu
dan bukankah sabar dan syukur merupakan kunci pintu surga?
denganmu … aku ingin membuka pintu itu
dengan-mu…..
De-nGaN-mU … !!

mALunyEr..saYe.. (*_*)


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, October 7, 2010

(0_o)



Salam semua...
Lame betul nak update blog nih.
mungkin sibuk kot..
sekarang ni mingu2 present n mid term...
baru lepas present c0mputer dengn BM..pas ni tinggal 1 lg presentation yang kene buat,,,ADVENCED ARABIC...

kalutnye minggu ni....
x cukup tidur, tak cukup makan..
letih dengan kelas debat malam..hmmm PALAPES lg..
pening dan serabut kepala..

nasib baik sabtu ni latihan dengan Uitm shah alam cancel...Alhamdulillah..
tapi ad latihan dan training macam biase sabtu ni.....
Latihan terakhir PALAPES..

Lepas 2 dah habis untuk sem ni..sem depan pulak..('_0)

N then x sabar nak dapat elaun...huhuuuu...


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Powered By Blogger