!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Showing posts with label Adden. Show all posts
Showing posts with label Adden. Show all posts

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan



Hi Ramadhan !

Ramadhan kareem to everyone.

May Allah accept our fasting.

Bye! (:




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, January 31, 2013

Suami tauladan




Kalau ada pakaian yang kotor, Rasulullah mencucinyanya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tidak ada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sholat."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi pemimpim keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutu seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan
peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari seperti mana yang diberitakan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata karena takutkan ALLAH, seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahasia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahasia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang
bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun didalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain karenanya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sehati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan para sahabat mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah.

Fisikalnya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


* Sumber: Internet

Wallahu A'alam . semoga bermanfaat.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Wednesday, August 15, 2012

Bersyukurlah




“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri


sesuatu yang banyak.”

 
(HR. Ahmad)


SALAM RAMADHAN AL MUBARAK .





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Tuesday, July 17, 2012

7 waktu tidak digalakkan minum air




 Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:
1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
Selamat Mencuba!



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Thursday, May 24, 2012

Jaga Lisan Kita





'' Lisan orang yang berakal berada di belakang hatinya. Bila dia ingin berbicara dia mengembalikan ke hati 


terlebih dulu barulah berbicara. Bagi orang yang jahil hati mereka berada di hujung lisan (lidah) sehingga apa 

saja akan diperkatakan olehnya. Mulut jangan terlampau bechok dan banyak mengomel.. Ada faham 

Bro..Sis..Pok..? Oleh itu berfikirlah sebelum kita mengeluarkan kata-kata. Sentiasalah kita berzikir dan 

berkata-kata memuji kebesaran Allah s.w.t . . .  ''

" Sesungguhnya seseorang hamba Allah yang memperkatakan satu perkataan yang mengundang redha Allah nescaya kedudukanya di sisi Allah akan di angkatkan beberapa darjat... Sebaliknya seseorang hamba Allah yang memperkatakan satu perkataan yang mengundang murka Allah nescaya pasti ia akan dicampakkan ke dalam api Neraka Jahanam." - (HR al-Bukhari)


wassalam ~


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Sunday, December 26, 2010

kesalahan2 membaca Al-Quran




Assalamaualaikum dan ssalam sejahtera..

Entry kali ni saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya peroleh dari seseorang...
harap dapat memberi sedikit pengetahuan kepada pembaca...

Sesungguhya ulama pembaca Al-Quran telah membahagikan kesalahan-kesalahan dalam Al-Quran kepada 2 bahagian:

p/s:di sini saya hanya menggunakan tulisan rumi dalam menunjukkn huruf-huruf hijaiyah,sebab x pandai nk tulis real2 jawi punya..harap semua sahabat2 boleh memahami..^_^

PERTAMA:Kesalahan yang jelas(Jali)



Menukarkan huruf hijaiyah sama ada boleh mengubah maksud ataupun tidak.Sebagai contoh:menukarkan huruf Ha(jim yang tiada titik..^_^) kepada huruf Kho
Menambah atau membuang huruf hijaiyah
Menukarkan baris bacaan.Sebagai contoh:menukarkan baris fathah(atas) kepada baris kasroh(bawah)
Menambah atau membuang baris bacaan
Seseorang yang jahil berkaitan dengan ilmu tajwid dapat mengesan kesalahan si pembaca
Kesalahan-kesalahan ini dihukumkan berdosa,dan para pembaca Al-Quran seharusnya meninggalkannya.Jika kesalahan-kesalahan ini berlaku di dalam bacaan solat seperti Al-Fatihah yakni salah satu rukun solat,wajib di baca dengan tajwid yang betul,sekiranya tidak dan didapati terdapat kesalahan2 seperti di atas,maka solatnya tidak sah..


.
.
.
.
.
.


KEDUA:Kesalahan yang tidak jelas,tersembunyi(Khafi)



Kesalahan2 yang tidak membawa kepada perubahan makna seperti
Meninggalkan dengung
Panjang harkat sesuatu bacaan
Tidak membaca sifat huruf dengan sempurna
Kesalahan ini tidak membawa kepada batalnya solat namun demikian para pembaca Al-Quran mestilah meninggalkannya.Ianya dihukumkan makruh dan aib di sisi pembaca Al-Quran.

.
.
.
.
.




Mudah-mudahan dengan perkongsian ini kita mampu memperbetulkan kesalahan yang terkadang kita tidak begitu perasan mengenainya..
Dan sesungguhnya,bukankah peringatan itu bermanfaat bagi mereka yang beriman sepertimana firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat,ayat 55:
"Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin"



~kerana ikhlas itu adalah paksi~





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Powered By Blogger