!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

About me




Assalamualaikum,
    Salam sejahtera . . . 

Bagaimana aku nak terangkan diri aku yang sebenar sedangkan aku pun tak kenal diriku yang sebenar. hahaa

Pun begitu, insan ini lahir pada hari Rabu bulan 9 tanggal 19 tahun 90. What a beautiful date! :P

Anak kedua- berketurunan Bugis.

Cicit kepada Raja Bangkok, Thailand. (Generasi ke-6)

Seorang yang berdarah O plus!

Lahir dalam rumah. Bidan yang sambut!

Nenek yang jaga dari kecik sampai sekarang. :)

Seorang yang pendiam dan bising. Tersangat cerewet dalam semua perkara terutama bab makanan, kecantikan diri, dan keadaan sekeliling. 

Agak sensitif, tidak mudah marah, cepat lupa.

Seorang yang manja.

Agak pemalu.

Sangat detail dalam perkara yang kecil.  

Tak suka subjek Matematik dan Sejarah!

Pandai cakap bahasa Arab.

Suka baca novel.

Suka kucing. Geli dengan katak.

Suka dengar Suria cinta, suriafm.

Pandai masak tomyam, nasi lemak, lemak cili api.

Pandai buat kuih donat!

Tak suka naik bas dan teksi. Suka naik LRT!

Tak suka kereta Mercedes dan BMW!

Very fast learner!

Kadang2 blur.  -_-

Suka kereta Myvi, Ford Fiesta, Honda Jazz.

Pernah eksiden kereta, patah 2 tulang rusuk kiri.

Kadang-kadang keras kepala.

Mudah sentafff tapi cepat cool.

Pernah lari masa cabut gigi kat sekolah.

Minat Nancy Ajram, Elissa, Amr Mostafa, Rossa, Dato CT, Bruno Mars, Beyonce.

Pernah berlakon drama Dia Bukan Maryam slot Ratu TV9. 
6 Episod uolllssss !

Pernah masuk pertandingan hafazan sampai peringkat Negeri.

Gemar kuew tiaw, laksa, daging goreng kunyit, karipap kentang, keropok twisties, mushroom soup, laksa, ikan keli, ikan parang, air barli.

Suka warna oren dan biru. tak suka warna hitam sangat.

Teringin nak jadi pembaca berita kat TV.

Pandai main keyboard piano.

Boleh buat kerja dalam stress.

Pernah jadi part time pembantu doktor gigi kat klinik.

Suka orang yang ada tahi lalat kat muka. Especially kat bahagian pipi dan area mulut.

Dulu selalu kencing malam. kah kahh

Takut bawak motor kat highway. Seram. Sebab pernah accident.

Suka tengok perempuan pakai shawl. Melting! Walaupun dia tak cantik. lol

Tak suka lelaki pengotor dan yang bau busuk.

Tak suka makan kedai mamak.

Nak honeymoon kat Bosnia.

Suka baju kemeja G2000, padini dan Topman.

Suka berangan, kadang-kadang menjadi kenyataan. :)

Itu sahaja setakat ini.

Yang lain korang describe sendiri :)

bye~

*Agak2, ada tak makcik2 yang berkenan nak buat aku sebagai menantu bila baca ni? lol



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 komentar:

Powered By Blogger