!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Sunday, May 8, 2016

الاحتفال الدوالي الثامن والخمسون بتلاوة القرآن الكريم وحفظه لعام 2016م



Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-58 telah melabuhkan tirainya pada 9 Mei 2016 yang lalu. MTHAQ ini berlangsung selama 5 hari berturut-turut ini menerima penyertaan lebih daripada  50 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Hong Kong, Belanda, Sepanyol, Croatia, Belgium dan lain-lain.

Secara peribadi, pada tahun ini saya mendapati mutu pembacaan Qari dan Qariah semakin baik, lancar dan mengagumkan. Saya sangat kagum kepada negara yang minoritinya adalah beragama Islam seperti Hong Kong, Amerika Syarikat, Belanda dan Croatia yang mana mampu membaca dan bertaranum dengan baik sekali.

Adik Hamzah El Habashy
Sekalung tahniah buat peserta Hafazan dari Amerika Syarikat, Adik Hamzah El Habashy yang merangkul tempat ke-3 dalam Ihtifal ini. Saya di fahamkan beliau baru berumur 14 tahun dan telah mengahafal 30 juzuk Al-Quran! MasyaAllah.

Tahniah kepada semua pemenang!


:D
Johan Hafazan dari Mesir

Love it immensely. 
uhebbukom fillahe ~
:)



Qutr Ferdouse
Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

3 komentar:

Ya Allah hebat enta
 
Syukran Akhi Lukman. Jazakallah.
 
Hamzah elhabshy best best best
 
Powered By Blogger