!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Tuesday, November 16, 2010

..Salam Aidil Adha..





Selamat menyambut hari raya korban bagi semua umat Islam. Semoga Allah melimpahkan keberkataan dan pengertian pengorbanan itu disematkan kedalam diri setiap dari kita. Sebenarnya dalam kehidupan yang sangat singkat ini besar atau kecil pengorbanan yang dilakukan itu bukanlah menjadi soal atau ukuran. Tetapi keikhlasan pada setiap pengorbanan itulah yang menjadi ukuran.
Dikatakan, orang yang paling banyak berkorban adalah orang yang paling mengerti dan memahami nilai hidup ini. Dan bergitulah sebaliknya, yaitu orang yang paling mengerti dan memahami kehidupan ini, pasti ianya tidak berat untuk berkorban.
Dan sesungguhnya pengorbanan itu berat bagi yang mencintai dunia ini. Namun ianya manis bagi mereka-mereka yang mengingati mati dan mereka yang mencintai kampong halaman yang kekal. Dan sesungguhnya hidup dan mati itu sangat adil perjalanannya. Dan kita pasti akan diperhitungkan apa yang telah kita lakukan.
Dari setiap nafas aku yang tersisa ini, aku menghirupnya dengan rasa yang amat takut. Jika melihatkan pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu itu. Jatuhlah kehidupan yang aku lalui selama ini hanyalah pembaziran yang nyata. Jalan yang dipilih itu juga adalah jalan yang sia-sia. Sejauh manakah aku telah berkorban untuk Allah dan RasulNya? Untuk agamaNya? Atau terdekat itu, untuk ibu bapaku sendiri? Untuk keluargaku, dan saudara-saudaraku? Jika hendak mengukurnya dengan timbangan, aku tidak pasti sama sekali adakah tersisa diatas dacing.
Sebenarnya, sifat mementingkan diri sendiri itu amat tinggi sekali didalam diri. Perpatah yang pernah aku dengar. “hidup ini ada ketikanya kena juga mementingkan diri sendiri” Benarkah? Bagaimanakah keadaannya kita hari ini jika Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya berfikiran sedemikian? Dan dalam membela agama Allah ini adakah mereka menyimpan sedikit bahagian yang diperuntukkan untuk diri mereka sendiri?
Mari kita perhatikan kisah di awal kedatangan Islam itu. Bagaimanakah Khadhijah r.a. telah menghabiskan seluruh hartanya. Aku ulangi, seluruh hartanya. Dan mari perhatikan dialog sewaktu ia menyambut kedatangan pengantin lelaki, yakni Muhammad SAW. “wahai Muhammad, segala yang menjadi kepunyaanku(diri dan harta benda) ini terpulanglah seluruhnya kepadamu untuk diapakan.”
Dan kemanakah semuanya dihabiskan? Tiadalah semua itu melainkan kejalan Allah dan membela agama Allah itulah. Dan marilah kita menghayati sedikit petikan dari kisah ini. Ianya adalah kisah saat sakratul maut Saidatina Khadhijah r.a.
Dalam keadaan kesakitan yang amat itu, dia mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga hiba. Katanya, “Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”. Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu. Jibril naik bertemu Allah. Jibril bertanyakan Allah, adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?
Allah menjawab pertanyaan Jibril – bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. Allah memerintahkan Jibril menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah.
Jibril turun dan memberitahu Rasulullah SAW akan hal itu. Rasulullah SAW menyampaikan salam tersebut kepada isteri tercinta. Turut diceritakan bahawa dalam sesetengah riwayat tangan Saidatina Khadijah seakan bersilang saat menyambut salam itu dan Saidatina Khadijah melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering kita lafazkan selepas solat.
Allahumma
antassalam- waminkassalam
Wa ilaika ya’uudussalam
Fahayyina rabbana
bissalam
Waadkhilnal
jannataka daarassalam
Tabaa rakta
rabbana wa ta’alaita ya dzal jalali wal ikraam
Ya Allah,
Engkaulah kesejahteraan, dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku ke dalam syurga kampung kesejahteraan. Maha Mulia Engkau ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.
Dan Nabi SAW juga pernah bersabda "Islam itu tegak di atas harta Khadijah dan Abu Bakar"
Kerdil benar aku ini. Sesungguhnya aku tidak ingin hanya risaukan pada tembolokku sahaja. Tetapi bertapalah susahnya untuk mendidik diri dan meletakkan mereka yang telah mendapat redha Allah itu sebagai tauladan yang perlu dicontohi.
“Dan sesungguhnya pengorbanan mereka-mereka itu sangat tinggi nilainya disisi Allah. Malah, andai aku memiliki dunia dan seisi-isinya ini sekalipun, dan aku belanjakan kesemuanya kejalan jihad kepada Allah. Ianya masih lagi tidak menyamai satu bahagia dari seribu bahagian yang mereka telah belanjakan.
SALAM AIDI ADHA..
كل عام وأنتم بخير


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 komentar:

Powered By Blogger